Spilt Gravy

Getaran: “Pelakon Watak Gay Harap Penonton Berfikiran Terbuka”

(Untuk artikel penuh yang ditulis oleh Wafa Aula dan diterbitkan pada 25 Mei 2022, sila layari laman sawang Getaran.)

Penyanyi dan pelakon Sean Ghazi berharap lakonannya sebagai lelaki gay yang dibawakannya menerusi filem Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah tidak akan mengundang spekulasi penonton. 

Sean berpendapat, setiap karakter yang diwujudkan di dalam skrip memiliki signifikan dan mesej yang tersembunyi untuk difahami.

Penonton diminta untuk tidak terburu-buru menghukum sesuatu watak tersebut sebaliknya menonton jalan cerita filem ini sehingga habis dengan fikiran yang terbuka.

“Sebagai pelakon, sudah menjadi tugas saya untuk menghormati sesuatu penulisan, skrip dan karakter yang saya bawakan.

“Filem ini menceritakan tentang keluarga dan juga negara Malaysia. Bagi saya, Malaysia adalah sebuah keluarga moden. Oleh itu, dalam sesebuah keluarga, tak semua orang akan memiliki pandangan dan kecenderungan yang sama. Saya harap, orang dapat menontonnya dengan minda yang terbuka,” katanya semasa ditemui Getaran di majlis sidang media Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah

Pelantun lagu ‘Ku Impikan Bintang’ itu juga bagaimanapun bersedia dengan reaksi yang bakal diberikan penonton selepas filem ini menemui penonton pada 9 Jun nanti.

“Saya bersedia sekiranya ada komen yang kurang enak didengar. Cuma harapnya tidak adalah yang terlalu kejam,” katanya tersenyum. 

Filem Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah atau ‘Spilt Gravy’ untuk judul bahasa Inggeris merupakan naskhah asal teater karangan Jit Murad yang pernah dipentaskan pada tahun 2002.

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *