Spilt Gravy

Rollo De Pelicula: “Review Filem Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah…”

(Untuk penilaian dan ulasan penuh oleh Hans Hanis yang diterbitkan pada 26 Mei 2022, sila layari laman sawang Rollo De Pelicula.)

Alhamdulillah portal filem Rollo De Pelicula telah menerima jemputan daripada pihak ZSA Productionuntuk menonton sebuah filem tempatan bergenre komedi gelap iaitu Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… yang berlangsung dengan agak meriah di DADI Cinema Pavilion Kuala Lumpur pada 24 Mei 2022 yang lepas. 

Untuk makluman semua, filem Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… ini berdurasi selama 115 minit dan diklasifikasikan sebagai tontonan untuk penonton berumur 13 tahun dan ke atas. Lebih mengejutkan kami apabila mengetahui bahawa filem ini pertama kali dihantar ke Lembaga Penapis Filem (LPF) pada tahun 2012 tetapi diklasifikasikan sebagai tidak sesuai untuk tayangan umum. Selepas beberapa kali filem dengan judul asalnya iaitu Spilt Gravy on Rice ini diubahsuai dan dihantar semula mengikut garis panduan yang ditetapkan maka akhirnya filem ini diluluskan untuk tayangan pada Mac 2020. Namun, sekali lagi dugaan menjelma dimana filem ini terpaksa menunggu selama 2 tahun gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia. 

Filem Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… ini pernah ditayangkan di Colombo International Film Festival pada 9 November 2015. Namun, selepas itu filem ini tidak pernahditayangkan lagi di mana-mana festival lain. Jadi, apabila kami berkesempatan untuk hadir menonton filem ‘panas’ seperti ini maka semestinya peluang emas sebegini tidak harus dipersiakan. Usai menonton, pandangan kami agak bercampur baur antara suka dan tidak dengan apa yang disajikan oleh filem ini kepada kami.  

Satu perkara yang cukup jelas kami boleh nyatakan tentang filem Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah… ini ialah ianya merupakan sebuah karya yang betul-betul menongkah arus pada tahun yang sepatutnya filem ini ditayangkan. Diakui sendiri oleh pengarah filem ini bahawa ini adalah antara filem terawal arahannya dan keberaniannya untuk memaparkan plot penceritaan sebegini sememangnya bakal menjentik hati atau memanaskan punggung ramai pihak selepas ini. Kami yakin filem ini bakal memecahkan penonton kepada tiga kategori. Kategori pertama ialah mereka yang menyokong beberapa isu berat, taboo dan panas yang disentuh di dalam filem ini. Kategori kedua ialah mereka yang neutral dan lebih memandang naskah ini sebagai seni dan mengambil iktibar daripada positif dan negatif mesej yang disampaikan di dalam karya ini. Kategori ketiga ialah mereka yang sememangnya menentang isu-isu yang cuba disampaikan berlandaskan kepercayaan kepada agama dan budaya. Jadi, anda hanya akan tahu anda berada di dalam kategori penonton yang mana apabila anda menonton filem ini nanti.

Baca selanjutnya di Rollo De Pelicula.

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *