Spilt Gravy

Malaysiakini: “Zahim banyak belajar untuk lepasi tapisan LPF”

(Untuk artikel penuh yang ditulis oleh Nadia Azam dan diterbitkan pada 25 Mei 2022, sila layari laman sawang Malaysiakini.)

Memang banyak perkara baru dapat dipelajari Zahim Albakri sewaktu dia menjalani proses perbincangan dengan pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi membolehkan filem arahannya, Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah…, dapat ditayangkan kepada umum.

Katanya filem diadaptasi daripada karya Spilt Gravy On Rice arahan Allahyarham Jit Murad itu pada awal diklasifikasi sebagai TUT (tidak sesuai untuk tayangan) oleh LPF.

“Banyak saya pelajari daripada LPF. Boleh dikatakan hari-hari kami berbincang untuk proses olahan yang bersesuaian.

“Mereka sebenarnya bermurah hati dengan memberikan pelbagai alternatif kepada saya kerana benar-benar mahukan naskhah tu dapat diterbitkan untuk tontonan.

“Tapi LPF tak boleh nak berikan kelulusan mengikut skrip asal kerana mereka mempunyai panduan penerbitan dan sebagainya,” jelas Zahim mengenai prosesnya menanti kelulusan LPF mengenai karya yang sudah terperam selama 10 tahun itu.

Disebabkan Spilt Gravy arahannya itu adalah naskhah arahannya yang pertama, pada peringkat awal dia menjadi seorang ‘pemberani’ sehingga tidak mengambil kira soal tapisan yang mungkin didepaninya.

Bagi Zahim, seseorang karyawan tidak harus meletak batasan pada karya-karya yang ingin dihasilkan.

“Ini karya awal saya. Pada ketika itu, saya seorang yang berani. Bagi saya, kalau LPF nak tapis, mereka akan tapis.

“Bagaimanapun, situasi itu (sekarang) sudah berbeza buat saya,” katanya.

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *