Spilt Gravy

Kakimuvee: Review Filem Spilt Gravy on Rice (2022)

(Untuk artikel penuh yang ditulis oleh Ahmad Fariszuan dan diterbitkan pada 14 Jun 2022, sila layari laman sawang Kakimuvee.)

Setelah bertahun lamanya dihasilkan dan menjalani proses perbincangan yang begitu lama dengan pihak berkuasa terlibat, filem Spilt Gravy – Ke Mana Tumpahnya Kuah akhirnya berjaya ditayangkan di pawagam awal Jun 2022.

Filem ini dibintangi oleh pelakon pelakon berkualiti seperti Dato Rahim Razali, Zahim Albakri, Allahyarham Jit Murad dan ramai lagi. Zahim Albakri turut bertindak sebagai pengarah filem ini. Semestinya tidak ramai yang mengetahui bahawa filem ini telah siap penggambarannya pada tahun 2011 yang lalu.

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai seorang Bapak bersama lima orang isteri beliau. Setiap orang isteri pada dasarnya mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinan mereka. Tidak dinyatakan sama ada mereka berkahwin satu persatu atau bercerai mati terlebih dahulu barulah berkahwin dengan isteri baharu. Selain daripada isteri, anak – anak yang ada dalam keluarga ini mempunyai perangai dan masalah mereka sendiri terutamanya masalah sosial.

Apa yang menariknya berkenaan filem ini, pihak produksi pandai bermain visual dalam menyampaikan penceritaan mereka kepada para penonton. Kehidupan bermasalah anak anak si Bapak ini berjaya sampai kepada penonton dengan susunan masalah yang begitu kelam kabut pada permulaan filem ini.

Satu persatu masalah divisualkan kepada penonton dan jujur kalau boleh saya katakan bahawa pembuka filem ini begitu serabut. Serabut dari segi yang bagus sehingga kita dapat rasa aura masalah yang wujud dalam keluarga ini. Penceritaan bertambah menarik apabila susunan penceritaan semakin teratur bermula di pertengahan sehingga akhir filem ini sendiri.

Baca selanjutnya di Kakimuvee.

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *